Jumaat, 4 Januari 2013

Khamis, 20 Oktober 2011

cetakan kayu 11 layer


cetakan ini menggunakan 11 blok kayu untuk dihasilkan. kerja penghasilanya sangat menguji kesabaran. karya ini dibuat sebanyak 20 edisi. bermula dengan mencari idea, mengedit gambar menggunakan adobe photoshop, seterusnya membuat perincian terhadap gambar sebelum ditampal pada papan blok.

Wall Painting Di SMKBJ














catan dinding ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi semasa proses menghasilkanya. catan ini telah dihasilkan oleh cikgu kamarul mj dan cikgu eddymus saya la tu.

hari hari datang buat sampai 2 bulan akhirnya x siap juga...akhirnya dapat tugas baru pula... kene buat logo koperasi di dinding koperasi sekolah....best sangat..

Rabu, 19 Oktober 2011

Isnin, 2 November 2009

UNSUR-UNSUR SENI

PENGENALAN

Unsur-unsur seni merupakan elemen asas dalam penghasilan sesebuah karya seni. Unsur-unsur seni penting sekali untuk dikenali dan difahami oleh setiap orang yang ingin memcebur diri dalam bidang seni.Oleh kerana setiap karya seni yang terdapat di dunia ini biasanya mempunyai lebih daripada satu unsur seni maka semua unsur-unsur seni ini mesti difahami dengan lebih memdalam oleh setiap individu yang berkait dengan bidang seni.Unsur-unsur seni ialah:

a) Garisan
b) Warna
c) Rupa
d) Bentuk
e) Jalinan
f) Ruang

Pada masa kini,bidang seni berkembangan dengan begitu meluas sekali.Oleh yang demikian,munculnya pelbagai teknologi baru yang berkaitan dengan seni dan pelbagai karya seni,produk seni dan sebagainya berkaitan dengan seni banyak sekali dapat dihasilkan dengan menggunakan dan menggabungan unsur-unsur seni tersebut.

GARISAN
Pengenalan

Garisan merupakan elemen asas untuk melukis dan melakar.Garisan juga merupakan unsur seni yang utama.Unsur-unsur garisan terdapat pada sebarang bentuk lukisan atau contengan.Garisan merupakan unsur penting dalam kerja-kerja melukis.Antara alatan yang digunakan untuk melukis ialah pensel,pen,kapur,krayon dan lain-lain.

Difinisi Garisan

Garisan ialah suatu kegiatan permulaan untuk menghasilkan tanda yang pertama iaitu bermula dengan satu titik.Proses seterusnya menggaris dan membentuk sehingga menjadi satu garisan.Garisan terjadi dari cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan.Ia juga boleh dianggap sebagai titik yang bergerak.

Jenis-jenis garisan

Terdapat pelbagai jenis garisan di dunia ini untuk menghasilkan garisan atau karya seni.Antaranya ialah:

a)Garisan tebal j)Garisan nipis
b)Garisan kasar k)Garisan berbiji
c)Garisan berbulu l)Garisan berduri
d)Garisan bertitik-titik m)Garisan bersudut
e)Garisan halus n)Garisan bergerigi
f)Garisan beralun o)Garisan serabut
g)Garisan berlingkar p)Garisan berulang
h)Garisan berputar q)Garisan putus-putus
i)Garisan berpancar r)Garisan bergetar

Garisan semula jadi

Disebut juga garisan sejadi.Contoh garisan jenis ini ialah garisan semula jadi yang terdapat disekeliling kita.Garisan jenis ini juga bukan buatan manusia seperti yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan yang juga dikenali sebagai alam flora dan fauna.Garisan jenis ini sangat mudah didapati kerana ia sering digunakan tidak kira pada benda semula jadi ataupun buatan manusia.

Garisan pada alam sekeliling

Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

a)Garisan benda semula jadi(sejadi)
b)Garisan benda buatan manusia
Garisan benda semula jadi(sejadi)

Terdapat banyak benda semula jadi yang menpunyai ciri-ciri garisan.Contohnya.

a)Urat daun
b)Akar pokok
c)kulit siput
d)Kulit buah-buahan dan sebagainya.

Garisan-garisan ini mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang tersendiri seperti:

a)Kasar
b)halus
c)Berduri
d)Berlingkar
e)Bergerigi
Garisan benda buatan manusia

Ialah objek-objek yang dicipta oleh manusia yang mempunyai ciri-ciri garisan.Contohnya pen,pensil pembaris,tali jerami,tikar plang tingkap,jaring,dan sebagainya.Antara contoh-contoh lain yang terdapat persamaan daripada objek buatan manusia ialah.

a)Garisan bergerigi pada mata gergaji
b)Garisan beralung pada genting bumbung
c)Garisan bertindang pada tikar mengkuang
d)Garisan putus-putus pada pembahagi jalan

Garisan dengan pelbagai bahan

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan garisan adalah tidak terhad.Contoh bahan yang digunakan untuk menghasilkan garisan ialah:

a)Pensil
b)Pastel
c)Krayon
d)Berus dan datwat cina
e)Pensel warna
f)Pena mata bola
g)Arang dan lain-lain

Garisan dari pelbagai teknik

Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan garisan.Dengan kepelbagaian teknik ini dapat menghasilkan pelbagai garisan.Berikut ialah teknik-teknik untuk menghasilkan garisan:
a)Teknik tiupan e)Teknik capan
b)Teknik kolaj f)Teknik gosokan
c)Teknik lipatan g)Teknik golekan
d)Teknik anyaman h)Teknik pergerakansemula

Teknik tiupan

Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalkan dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut.Kemudian warna yang diletakan diatas sekeping kertas ditiup kearah yang dikehendaki.

Teknik kolaj

Kolaj ialah suatu gubahan yang dihasilkan daripada mengoyak,mengguntig dan menampal kertas,kain atau lain-lain bahan.Garisan yang dihasilkan melalui teknik kolaj bergantung pada bahan yang digunakan.

Teknik lipatan

Dihasilkan dengan cara melipatkan kertas untuk memperolehi dua atau tiga bahagian dan seterusnya yang kita kehendaki.Warna yang diletakan pada sekeping kertas iaitu pada bahagian kanan atau kiri dan disapu dengan tangan.Setelah dibuka hasil garisan yang diperoleh sama ada tebal,nipis,atau lain-lain garisan.
Teknik anyaman

Proses mengayam ialah dengan cara menjalin jalur-jalur daun mengkuang atau buluh.Ia dilakukan dengan cara berselan-seli untuk menghasilkan corak yang kelarai.

Teknik capan

Ialah proses yang dilakukan dengan menyapukan warna pada objek-objek yang mengandungi jalinan seperti daun,kulit kacang dan sebagainya.Kemudian objek-objek ini ditekak atau dicapkan pada sekeping kertas.Kesannya akan kelihatan pada permukaan berkenaan.

Teknik gosokan

Kaedah teknik gosokan ialah dengan menekapkan sekeping kertas nipis pada permukaan objek yang berjalinan.Gunakan pensil atau krayon untuk menggosok permukaan tersebut.

Teknik golekan

Teknik ini diperolehi dengan cara menggolek bahan atau benda pada sekeping kertas.

Teknik pergerakan semulajadi

Pergerakan semulajadi biasanya diperoleh daripada pergerakan binatang seperti ulat gonggok,cacing,tapak kaki kucing dan sebagainya.Dengan menyapukan cat atau warna pada kaki binatang ini dan biaarkan ia berjalan diatas sekeping kertas.Hasilnya dapat kelihatan selepas pergerakan tersebut.

Makna dalam garisan

Menurut ahli pikologi garisan dapat mebri pelbgai taksiran dan makna.Berikut antara contoh contoh garisan yang menberikan warna dalam penghayatan seni:

a)Garisan bergarigi meberikan makna kesakitan.
b)Garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat.
c)Garisan berpancar memberi gambaran tumpuan cahaya.
d)Garisan halus memberi gambaran sensitif,tajam,an laju.
e)Garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir.
f)Garisan beserambut memberi gambaran masalah atau berceleru.
Kegunaan garisan

Antara kegunaan garisan adalah untuk:

a)Mencipta ruang
Contohnya garisan pepenjuru yang dilukis secara rapat memberi ruang pada permukaan yang rata.
b)Menghasilkan ton
Contohnya garisan yang disusun dalam pelbagai gaya dan jarak yang berlainan dapat menimbulkan ton.Garisan yang disusun secara rapat-rapat menghasilkan ton yang gelap dan sebaliknya.

c)Menimbulkan jalinan
Contoh garisan yang menimbulkan jalinan ialah serabut,bergerigi,berbintik-bintik
dan halus.

d)Menunjukan bentuk
Contohnya garisan yang tersusun dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan pelbagai bentuk pada sesuatu objek.
.
e)Menunjukan pergerakan
Contohnya garisan yang berputus-putus,berkisar,berlingkar,bergetea,beralun dan bergegar dapat menimbulkan kesan pergerakan.

f)Dijadikan motif bercorak
Contohnya pelbagai jenis garisan telah diaplikasikan memjadi pelbagai jenis corak.

WARNA

Difinisi warna

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang.Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

Makna dalam warna
Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira.Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan meram dan sedih.
Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu menarik.Warna dihasilkan oleh cahaya,tanpa cahaya warnatidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikan dari permukaan sesuatu objek.

Jenis-jenis warna

Warna asas(Primer)


Warna asas disebut juga warna utama.Dalam pendidikan seni visual warna adalah berbaza-beza dengan warna dalam warna-warna utama dalam sains fizik.Warna-warna terdiri daripada warna merah,biru dan kuning.Ia dihasilkan oleh bahan pewarna atau pigmen.Warna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain.Bermacan-macan jenis warn adapt dibentuk atau dihasilkan daripada hasil ampuran warna-warna ini.Hasil campuran warna-warna sekunder menghasilkan warna tertier.Warna asas ialah warna yang paling hebat kuasany.
Warna kedua(sekunder)



Warna ini adalah campuran daripada ua warna asas.Contoh campuran warna tersebut ialah.
a)Warna hijau (biru + kuning)
b)Warna jingga(merah + kuning)
c)Warna ungu (biru + merah)

Kuasa atau nilai warna sekunder adalah agak rendah berbanding warna asas.Tetepa ia lebih kuat daripada warna tertier.

Warna Ketiga (Tertier)


Warna ketiga ialah ialah hasil campuran warna dua warna yang bersebelahan di dalam roda warna.Sekiranya satu warna sekuder maka maka terhasilah warna tertier.warna-warna tertier ialah:

a)Kunig hijau (kuning+hijau)
b)Kuning jingga(kunig+jingga)
c)Merah ungu(merah+ungu)
d)Merah jingga(merah+jingga)
e)Biru hijau(biru+hijau)
f)Biru ungu(biru+ungu)

Warna-warna sekunder ini menimbulkan kesan-kesan yang lebih lembut.Ia juga dapat mengurangkan kehebatan warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama.

Nilai Warna

Ton

Ton ialah nilai pancaran warna.iaitu dari terang ke gelap.Ton warna yang dihasilkan dengan campuran warna-warna asas atau sekunder satu demi satu dengan warna putih atau hitam dalam nisbah yang berlainan.Ia disusun dalam perkembangan teratur mengikut nilaian tonnya.Ton warna amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi.Melalui ton warna juga bentuk tiga dimensi dapat dihasilkan dengan mengolah kesan pencahayaan yang jatuh pada permukaan objek.Kesan perbezaan yang terdapat pada objek boleh dilakukan dengan kesan ton.Penambahan warna terang memberikan kesan pada kedudukan objek.


Karya seni Norman Sunshine,Double fugue(diptych).Menunjukkan penggunaan ton warno dalam karyanya.


Kroma warna

Kroma ialah ukuran nilai kuasa warna.Kroma warna terhasil apabila warna-warna penggelap dicampurkan dalam nisbah yang berlainan.Contohnya merah dan hijau,jingga dan biru,kuning dan ungu.Penggunaan warna secara bebas ini dapat melahirkan perasaan seperti kegembiraan,keganasan dan kematianNisbah campuran dengan warna penggenapnya akan menentukan nilai kualitinya.Kroma warna dapat menentukan nilai kuasanya.Kroma warna dapat menimbulkan kesan warna yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan sunyi,sedih,sunyi dan nostalgia.


Warna Neutral

Warna neutral ialah warna kelabu.Iaitu tonnya terdapat antara hitam dan putih.Ia juga merujuk kepada kroma warna campuran dua warnapenggenap.Menggunakan nisbah yang sama untuk menghasilkan warna baru.Warna kroma juga tidak mempunyai kesan langsung tetapi amat berkesan untuk mengurangkan kuasa-kuasa warna lain.Warna kroma biasanya digunakan bersama gubahan kombinasi warna penggenap supaya hasil kerja memjadi menarik.Nilai kuasa warna agak kuat kesanya tetepi tidak menyakitkan mata.Warna neutral juga dapat melembutkan warna-warna itu.


Gubahan Warna

Sewarna

Warna ini juga dikenali sebagai sewarna atau monokromatik(monokromatik).Ia merupakan suatu warna yang dihasilkan melalui pelbagai ton.Warna sewarna adalah hasil gubahan warna yang menggunakan campuran warna hitam dan putih.Tujuan campuran adalah untuk mendapatkan satu siri warna dalam pelbagai ton.Penggunaan warna ini sewarna ini dapat menimbulkan suasana harmoni dan selesa.



Warna Harmoni

Warna jenis ini ialah satu gubahan yang menggunakan warna-warna dari bahagian yang sama pada roda warna.Ini merupakan satu set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada roda warna.Warna-warna harmomi ini terdiri daripada dua atau lebih warna dan juga dikenali sebagai warna sekeluarga.Warna ini dapat menimbulkan suasana selesa,menarik dan seimbang.Ia biasanya digunakan dalam corak tektil,kertas pembungkus hadiah dan sebagainya.
Warna harmoni juga dapat ditaksirkan sebagai satu gubahan warna yang mempunyai keserasian dan kesesuian dari segi susunan warna-warnanya.Kualiti pada jenis warna yang digunakan kebiasaanya bergantung kepada kuatiti atau nisbah warna yang digunakan.
Pengganbungan jenis warna ditemui tetapi apabila semua jenis warna panas atau sejuk digunakan dalam kombinasi warna.Walaubagaimanapun sedikit kuantiti dari warna komlimentari atau semula jadi kontras boleh menambahkan kepelbagaian bentuk warna.Pendominan sesuatu warna dalam patten warna boleh berlaku melelui warna,nilai atau intensiti.Barisan warna yang luas kelihatan harmoni dengan menjadikan sesuatu warna tersebut berada pada tahap nilai atau intensity yang sama.




Warna Penggelap

Warna kategori ini merupakan gubahan yang menggunakan warna dari bahagian yang bertentangan yang terdapat pada roda warna.Contohnya,hijau dengan merah,biru dengan jingga.
Tidak seperti gubahan sewarna,warna kumpulan ini tidak memberi kesan kesatuan dalam gubahan seni.Gubahan warna penggelap memberi kesan bergetar dan bercanggah.Warna penggelap dapat menimbulkan kesan kontra,getaran dan pergerakan.Warna penggelap dikatgorikan dalam kumpulan warna yang segar,kayadan bertenaga.Contoh warna-warna penggelap adalah seperti berikut:

a)Biru dan Jingga
b)Merah dan Hijau
c)Kuning dan Ungu
d)Merah Jingga dan Biru Hijau
e)Kuning Hijau dan Merah Unggu
f)Biru Ungu dan Kuning Jingga


Suhu Warna

Suhu warna tidak dapat diamati oleh pancaindera mata.Ianya hanya dapat dihayati melalui emosi.Ia boleh dinilai melalui nilai estetika.Kesemua warna boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu warna panas dan warna sejuk.Suhu warna akan memberi kesan yang tersendiri dan ia boleh dianggap sebagai laluan lain untuk mengatur dan menyusun skema warna.
Warna panas dapat menimbulkan kesan yang bertenaga,garang,cahaya kuat,harapan dan dekat.Warna panas dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti gembira,bersemangat,bertenaga,huru-hara,cemas dan lain-lain.Ia juga dapat menghidupkan lagi tema ssuatu hasil karya seperti catan yang bertemakan peperangan,kesedihan ,gembira dan sbgainya.Kualiti bagi warna sejuk dan juga panas memberi kesan kepada hue warna yang berada dipersekitarannya.Darjah kesejukan dan kepanasan sesuatu warna boleh berubah atau dipengaruhi oleh kualiti warna persekitaran.Contohnya ketinggian darjah kesejukan boleh ditingkatkan dengan meletakan warna penggenap berhampirannya iaitu warna jingga.


Warna Bertindak

Nilai kroma sesuatu bergantung pada warna latar ataupun warna yang berada dikelilingnya.Warna yang sama pada warna latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan.Sesuatu warna itu akan kelihatan terang apabila di kelilingi warna atar yang gelap.Warna itu akan kelihatan pudar jika dikelilingi oleh warna latar yang muda(terang).Ini bermakna bahawa warna putih atau kuning akan kelihatang lebih terang dan menonjol atas latar berwarna hitm atau biru.Tindakan ini dikenali sebagai kontrad.
Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas ketara,tindakan positif dapat dihasilkan.Tindakan negative dapat dihasilkan apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama.




Perspektif Warna

Warna boleh menimbulkan ilusi ruang dan perspektif.Objek yang jauh akan kelihatan lebih lembut dan pudar.Objek yang dekat kedudukannya pada mata akan jelas dan warna agak gelap.Kesan perspektif akan kelihatan lebih jelas jika gubahan dibuat dalam warna harmoni atau sewenannya.

Warna Dalam Psikologi

Psikologi merupakan perasaan manusia yang secara semulajadi akan berubah mengikut keadaan dan suasana sesuatu tempat.Contohnya,jika sesuatu tempat itu berwarna sejuk akan menggambarkan suasana yang sejuk,gelap,suram dan sejuk.Manakala warna-warna panas pula kebiasaan dikaitkan sesuatu yang merangsang dan memberi semangat.



Emosi Dan Warna

Warna yang diatur atau disusun boleh digunakan mengikut kesesuian warna itu sendiri.Ia untuk menghasilkan mood ,idea yang simbolik dan emosi seseorang individu.Warna yang terdapat pada catan boleh menunjukan mood atau perasaan mengikut apa yang dianggap benar.Walupun begitu ,ia tidak boleh bersifat menghurai objek yang ingin digambarkan atau ingin diceritakan oleh pelukis.
Contohnya,warna merah kebisaannya menggambarkan perasaan ceria dan menarik.Warna biru pula menggambarkan perasaan kedamaian.Warna yang berbeza nilai dan kekuatan dalam hue warna boleh memberi kesan dan juga impak yang lebih besar bagi seseoran individu.

Warna Dan Budaya

Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni malah mempengaruhi kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat ayau bangsa.Contohnya warna kuning sering digunakan oleh masyarakat melayu dalam upacara penganugerahan,istiadat diraja dan perkahwinanBagi masyarakat cina,warna merah boleh membuatkan keluarga mereka bernasib baik.Antara pelbagai maksud lain warna ialah:

a)Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamian
b)Warna hijau menggambarkan kesegaran,alam sekitar dan dukacita
c)Warna putih menggambarkan kesucian,kebersihan dan kemurnian
d)Warna jingga menggambarkan kematangan,kepanasan dan kegembiraan.



RUPA

Pengenalan
Rupa ialah sesuatu imej yang bersifat rata.Permukaannya adalah kosong dan bersifat dua dimensi.Rupa boleh dihasilkan oleh garisan dan warna.Rupa juga adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan titik permulaan.Antara unsur-unsur seni grafik yang berkaitan dengan rupa ialah logo,corak dan muka taip.
Dalam rekaan logo dan corak,bentuk ang mengjadikan motif diubahsuai menjadi rupa yang mudah untuk dijadikan lambing atau corak.Rupa muka taip ialah jenis –jenis gaya huruf yang digunakan dalam kerja grafik.Ia dikenali dengan nama seperti Roman,Gothik,Block Playbill,Futura Bold,Sans Serif dan Sans Serif Shaded.Jenis-jenis yang ada di sekeliling boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rupa geometrik dan rupa organik.

Jenis-Jenis Rupa

Rupa Geometrik
Rupa geometrik terdiri daripada rupa bulat,segi empat,segi tiga dan rupa-rupa lain yang bersudut.Rupa geometric direka secara sengaja dan tidak tinbul secara tidak sengaja.Rupa geometrik juga terdapat dalam alam sekitar atau semula jadi seperti rupa karang,siput,kacang-kacang,hablur-hablur dan garam mineral.

Rupa Organik

Rupa organik ialah rupa bebas tanpa sudut.Rupa ini dapat diubah secara bebas.Rupa ini tidak direka cipta secara sengaja.Contohnya sponge akan menukar bentuk setiap kali ia digerakan.



Rupa Positif Dan Negatif

Rupa objek adalah rupa yang diletakan diatas sesuatu permukaan.Rupa ini dinamakan sebagai rupa positif.Ruang di sekeliling rupa objek tersebut adalah rupa negatif.



Gambar 19: Rupa positif dan rupa negatif:Daripada karya Jonh Currin,The Moved Over
Lady,1991

Rupa Dan Muka Taip

Muka taip ialah sejenis rupa dan bentuk-bentuk huruf.Tulisan-tulisan dalam buku,majalah,dan surat khabar adalah antara contoh muka taip yang terdiri daripada pelbagai muka taip.Ianya adalah berbeza-beza,mempunyai pelbagai saiz dan berwarna-warni serta berbentuk luar biasa.Muka taip serta bentuk-bentuk huruf berbaza-beza mengikut fungsinya dalam komunikasi.
Ciri-Ciri Muka Taip
a)Senang dibaca
b)Menarik perhatian
c)Menyatakan maksud sesuatu mesej

Rupa Dan Lambang

Rupa positf dan negatif boleh diolah untuk menimbulkan rupa ringkas yang sesuai digunakan sebagai lamban.Ciri-ciri rupa yang ringkas ialah:

a)Mempunyai sudut yang jelas.
b)Mempunyai tepian yang jelas.
c)Mempunyai arah yang tertentu.
d)Mempunyai nilai yang senang diamati.
e)Mempunyai bentuk alam sekeliling.
f)Mempunya kuasa menarik yang hebat.
g)Mempunyai pendekatan rupa geometri.


Rupa Dan Corak

Rupa yang sama boleh diulangi beberapa kali dapat menghasilkan corak.Apabila sesuatu rupa diulangi,rupa adalah motif.Ulangan motif yang berdekatan akan menimbulkan rupa baru.Ruang negatif seakan-akan mamjadi rupa yang baru.Rupa-rupa juga dapat direka daripada rupa-rupa sas yang terdapat di sekeliling,melalui proses proses perkembangan idea untuk mengubah rupa.Rupa-rupa baru akan kelihatan lebih kreatif,dinamik dan menarik.Prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan,pergerakan,kontra,dan sebagainya dapat dilihat dalam rupa-rupa baru.
Selain daripada panduan garisan-garisan grid yang tertentu,corak yang menarik juga boleh dihasilkan melalui susunan rupa atau motif secara
:
a)Sentuh.
b)Bertindih.
c)Berasingan
d)Bertindih lutsinar.

BENTUK

Pengenalan

Bentuk mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu keluasan,ketinggian,kelebaran ketebalan dan jisim serta lebih dari satu permukaan.Ini bermakna bertuk itu pejal,mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi.
Sesuatu bentuk juga boleh dihasilkan dengan menambahkan form.Rangka bentuk akan dihasilkan dengan gambaran yang menunjukan tanda mainan cahaya di atas permukaan bentuk.Sinaran dari satu punca cahaya akan jatuh ke atas sesebuah bentuk mengikut rangkanya.Biasanya permukaan yang dekat pada cahaya akan kelihatan lebih cerah.Form sesuatu bentuk dapat diwujudkan dengan menggunakan kesan nilai yang terang.

Terdapat beberapa teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk menimbulkan form pada sesuatu bentuk.Antaranya ialah:

a)Teknik garisan.
b)Teknik lorekan.
c)Teknik jalinan.
d)Teknik catan.

Rupa dihasilkan apabila penghujung sesuatu garisan bertemu dengan permulaannya.Bentuk mempunyai ciri-ciri seperti keluasan,ketinggian dan jisim.Permukaan dilengkapi dengan unsur-unsur seni seperti jalinan,ton dan ruang.Ini bermakna apabila melukis bentuk seekor ikan dan sekuntung bunga,permukaannya adalah berisi dan tidak seperti rupa yang mempunyai permukaan kosang.

Ciri-Ciri Bentuk

Bentuk Dua dimensi

Menpunyai ciri-ciri jalinan,garisan,warna dan ruang untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik.

Bentuk Tiga Dimensi
Mempunyai ciri-ciri isi padu,panjang,kelebaran sifat-sifat fizikal yang lengkap.


Jenis-Jenis Bentuk

Bentuk konkrik

Ialah bentuk objek yang sebenar dan bersifat tiga dimensi.Ia dapat dilihat,disentuh dan dirasa.Ia terdiri daripada objek-objek yang maujud.Antara karya seni berbentuk konkrit ialah arca,tembikar dan anyaman.



Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi ialah bertuk yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar,lukisan,catan dan cetakan.Ia hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasa dengan deria sentuh.Bentuk ilusi yang sama rata apabila disentuh juga disebut bentuk maya kerana dicipta melalui penggunaan unsur-unsur seni yang menimbulkan gambaran ilusi
Bentuk ilusi menimbulkan kesan psikologi kepada penghayat seni.Ruang maya yang wujud pada minda memberi gambaran menarik untuk dihayati.Bentuk ilusi memberikan kesan memdalam.

Bentuk Manusia
Melukis bentuk manusia memerlukan pemerhatian yang tajam dan latihan yang tekun.Untuk mencapai taraf kesempurnaan dalam bentuk lukisan ini,gerak-geri,penyataan muka,bahagian tangan dan kaki orang yang hendak dilukis haruslah dititik berat.
Setiap bahagian bentuk tubuh manusia mempunyai ukuran saiz yang tertentu.Pengetahuan anatomi manusia penting untuk melukis bentuk badan manusia.Anatomi manusia boleh dibahagikan kepada nisbah tertentu iaitu biasanya menggunakan (8)unit untuk lelaki dan tujuh setengah untuk perempuan(7)unit untuk perempuanKadar terpilih adalah menurut seperti menurut unit-unit berikut:

a)Kepala-1 unit
b)Badan-2 unit
c)Kepala ke lutut-5 unit
d)Kepala ke tapak kaki-7 unit

Antara langkah-langkah yang dilakukan untuk melukis bentuk badan manusia:

a)Pelukis perlu memahami nisbah asas sebagai ukuran untuk melukis keseluruhan bentuk badan.
b)Memahami kedudukan otot dan rangka adalah penting.Melalui pemahaman yang jelas pelukis dapat menentukan struktur kedudukan manusia.Kekuatan dan ketajaman dari fahaman ini menjadikan lukisan figura nampak hidup dan meyakinkan.
c)Kedudukan dahagian belakang badan manusia perlu juga diberi perhatian.Ini memberikan kesan kepada pelukis menerapkan bentuk anatomi.Kebiasaan pelukis binbang untuk melukis di bahagian belakang figura.Oleh itu pelukis mesti menjalani pelbagai latihan untuk memahami kedudukan otot-otot tersebut.



JALINAN

Pengenalan
Jalinan ialah kesan-kesan yang terdapat pada permukaan benda atau objek.Semua objek sama ada objek semula jadi (sejadi) ataupun buatan manusia mempunyai kesan jalinan pada permukaannya.
Dalam seni visual,kesan jalinan dapat menimbulkan jisim dan bentuk.Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik dan realistik.Ini boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti lukisan,catan,ukiran ,cetakan,resis(batik),paulaman,capan dan gosokan.
Kesan jalinan pada permukaan objek memainkan pelbagai peranan.Sesetengahnya menpunyai tujuan estetika seperti pada badan rama-rama dan perhiasan jubin pada dinding rumah.Selain itu ia juga untuk tujuan keselamatan atau perlindungan.
Maksud lain jalinan ialah,sebarang kesan yang terdapat di atas permukaan benda.Kesan jalinan seperti corak yang dibuat daripada satu bahan dapat dirasai melalui ilusi.Jalinan boleh didapati dari hasil semula jadi atua hasil buatan manusia yang dibuat berdasarkan elemen-elemen seni.

Jenis-jenis Jalinan
a)Jalinan Sentuh
b)Jalinan Tampak

Jalinan sentuh
Ialah permukaan yang dapat dilihat serta dapat dirasai melalui sentuhan.Sentuhan jari merupakan deria yang tepat untuk merasai kesan-kesan jalinan.Contoh kesan-kesan jalinan ialah kasar,halus menggerutu,lembut,lembik dan sebagainya.Antara contoh-contoh jalinan yang mempunyai ciri-ciri ini ialah kulit nenas,kulit oren,kulit kayu dan sebagainya.

Jalinan Tampak
Ialah kesan-kesan yang hanya dapat dilihat dengan panca indera.Ia hanya berada dalam ilusi.Contohnya ialah kulit tembikai dan gambar-gambar berbentuk dua dimensi.



Kategori Jalinan
Jalinan sentuh dapat kepada dua aspek iaitu jalinan dari objek alam semula jadi dan dari jalinan buatan manusia.Jalinan tampak ialah kesan yang terdapat pada sebarang benda yang hanya boleh dilihat.Kesan tampak tidak dapat dirasai oleh sentuhan tangan.Walaupun secara ilusi kita masih dapat merasai jalinannya,contohnya permukaan kulit tembikai.

Jalinan tampak dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a)Objek semula jadi yang mudah didapati seperti pada kulit buah-buahan.Ia mempunyai fungsu-fungsi tertentu contohnya untuk keselamatan.
b)Objek buatan manusia,juga terdapat di sekeliling kita seperti tayar kenderaan yang berfungsi sebagai cenkaman di atas permukaan jalan.

Jalinan Dekoratif
Jalinan dekoraktif terjadi gosokan,relief permukaan objek atau satah gambar.Jalinan jenis ini digunakan bagi hiasan yang terdiri dari jalinan sentuh atau tampak.Jalinan adalah ciri-ciri penting yang membentuk perbezaan berbagai-bagai objek di dalam persekitaran visual.Melalui,sentuhan kita boleh merasakan sesuatu permukaan dan menerangkan sebagai:
a)Kasar
b)Lembut
c)Bersudut
d)Berbonjol
e)Berombak
f)Bergaris lengkung

Permukaan jalinan juga boleh dikesan dengan baik melalui penglihatan mata.Penglihatan kita berkemampuan menetapkan kadaan rupa,kedalaman,kontur dan warna melalui cahaya.Permukaan benda dan sifatrupa jalinan yang terdapat pada benda adalah bukti visual dari penglihatan mata kita.Ini kerana ada perbezaan dalam menentukan tahap pengcahayaan dan kontras.Ini terjadi di kawasan paling cerah dengan baying-bayang.

Jalinan Dari Jarak Dekat

Jalinan ini boleh dinyatakan dengan perkataan seperti kasar,lembut,pudar dan bersinar.Faktor seperti kontras,pigmen warna,corak,jalinan,arah bagi sumber cahaya,pembalikan pada permukaandan jarak daripada penglihatan memberi kesan kepada persepsi dan persembahan jalinan.

Jalinan Melalui lukisan
Jalinan ini dapat dihsilkan melalui:
a)Catan
b)Lukisan
c)Lipatan
d)Tenunan
e)Gosokan
f)Tebukan

Sifat-sifat jalinan
a)Kasar contohnya kulit kayu.
b)Halus contohnya kain kapas.
c)Lembut contohnya kain sutera.
d)Tajam contohnya kulit nenas.


Jalinan dalam reka bentuk grafik
Jalinan ialah penyumbang utama kepada nilai keupayaan dan dimensi reka letak.Contohnya jalinan yang terdapat pada corak kain.Corak ialah sebahagian dari jalinan tampak yang membentuk ilusi jalinan.Jalinan juga dapat digunakanbagi menghasilkan penegasan.dalam reka bentuk grafik,penggunaan jalinan amat meluas yang merupakan salah satu eleman yang penting.Antara contoh penggunaan jalinan adalah sepeti berikut.

a)Menghasilkan kontras yang menarik.
b)Menghubungkan imej dan latar belakang.
c)Memberikan mood atau identiti kepada hasil kerja.


Media yang digunakan untuk mencipta jalinan ialah:
a)Pen
b)Pensel
c)Cat air
d)Cat poster
e)Cat minyak
f)Gaharu cina
g)Kertas,gunting dan tampal

Teknik-teknik mencipta jalinan

a)Resis g)Anyaman
b)Stensil h)Membatik
c)Jahitan i)Catan impasto
d)Cakaran j)Ikat dan celup
e)Cetakan k)Gorok dan celup
f)Paulaman l)Renjis pada kertas basah


Fungsi dan nilai estetika

Jalinan mempunyai fungsi terutama pada alam benda semula jadi.Contohnya pada flora dan fauna.Antara fungsinya ialah:
a)Memberi perlindungan daripada musuh
b)Kulit yang keras dan berduri pada kulit buah nenas dan durian memberi perlindungan kepada isi buah tersebut.
c)Sarang labah-labah dapat memerangkap serangga kecil untuk dijadikan makanannya.
d)Kulit di luar kacang tanah dapat melingdungi isi yang berada didalamnya.

Fungsi pada benda buatan manusia

a)Corak kain baju membezakan kumpulan pemakainya.Sesetengah corak sesuai untuk kaum lelaki dan sesetengahnya pula sesuai untuk kaum wanita
b)Tayar dan tapak kasut berfungsi untuk mencengkam jalan raya supaya tidak gelincir.
c)Jalinan pada permukaan tuala dapat menyenangkan serta menambahkan daya penyerapan air.
d)Jalinan pada bakul rotan ada nilai warisnya.Boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.
e)Jalinan diatas permukaan tikar anyaman rotan ada nilai-nilai estetikanya.
f)Jalinan pada permukaan tudung saji mempunyai nilai estetika dari reka coraknya.

Nilai Estetika Jalinan

Jalinan dapat menimbulkan kesan estetika yang menarik. Ia boleh memberikan daya tarikan yang tinggi pada penglihatan. Antaranya ialah;
a)Corak pada sayap rama-rama memberi corak yang berharmoni kepada alamnya.
b)Jalinan kain dan jalinan formika pula menambahkan kecantikan.
c)Jalinan juga boleh menimbulkan kontra di antara permukaan yang tidak berjalinan atau permukaan yang berlainan jalinan dengan permukaan yang berjalinan sederhana.
d)Jalinan memberikan kesan bunga pada tayar dan tapak kasut untuk menarik perhatian pembeli.
e)Garisan yang berpusing pada sarang labah-labah menimbulkan kesan ruang yang menarik.
f)Jalinan pada kulit kacang agak rumit dan menarik.
g)Garisan yang rapat-rapat dan tersusun pada bakul rotan menghasilkan corak yang berseri.

Jalinan dalam karya seni

Jalinan abstrak merupakan jalinan yang dilukis di atasbentuk-bentuk atau imej abstrak.Jalinan yang dilukis oleh pelukis dapat memberikan kesan yang menarik dalam karya seni mereka.Kesesuaian jalinan dengan imej yang dikehendaki juga perlukan penyesuaian.Pelukis mestilah memikirkan jalinan dengan imej.




RUANG

Pengenalan
Ruang sememangnya disekeliling kita.Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti di kawasan padang,almari,dewan,bilik darjah,kolam mandi,kertas lukisan dan sebagainya.Semua objek wujud dalam satu ruang,sebaai contoh ,bumi kita dikelilingi oleh ruang angkasa yang luas.ruang di permukaan bumi pula adalah terbatas.Ia dipenuhi oleh manusia,haiwan,tumbuhan,objek-objek semula jadi dan buatan manusia.
Ruang ialah jarak yang terdapat di antara dua objek.Ruang memainkan peranan penting,contohnya ruang memberikan keselesaan pada objek.Ia juga memberi ruang antara objek.Ruang ialah kawasan kosong yang mengelilingi sesuatu objek.Ruang juga boleh di taksirkan sebagai satu kawasan kosong yang terhasil apabila terdapat sesuatu objek yang tersusun mahupun tidak tersusun dalam sesuatu keadaan.Kawasan kosong merupakan jarak antara objek-objek.
Unsur-unsur seni seperti garisan,jalinan dan warna boleh digunakan untuk menimbulkan perbezaan ruang sama ada objek itu berada di hadapan atau di belakang.Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata dan ruang fizikal ialah ruang yang boleh dilihat pada penghasilan seni arca,tembikar,anyaman,tenunan dan ukiran kayu.Manakala,ruang ilusi merupakan ruang yang terhasil pada permukaan dua dimensi iaitu pada lukisan atau catan.Antara contoh-contoh ruang ilusi ialah ruang positif,ruang negatif,ruang kedalaman,ruang cetek dan ruang tidak menentu.

Ruang positif
Ruang ini dikaitkan dengan semua kawasan yang dilukis dengan sesuatu objek.Ruang positif dikatakan satu kawasan yang mewakili objek tidak kira objek tesebut memenuhi separuh daripada permukaan kertas atau objek tersebut hanya memerlukan sedikit ruang.Ruang ini sering ini sering menjadi perkatian pemerhati dan menjadi keutamaan dalam menhhasilakan sesuatu karya seni

Ruang negatif
Ruang negatif ialah semua kawasan yang tidak digunakan atau diabaikan dalam penghasilan sesuatu karya.Kawasan ini biasanya tidak memjadi perhatian para pemerhati,tetapi elemen ruang ini memainkan peranan penting dalam manghasilkan sesuatu lukisan.Ruang dapat menentukan sama ada objek yang dilukis tepat atau atau tidak terutamanya dalam melukis objek yang lebih daripada satu atau di susun-susun.

Ruang Kedalaman
Ruang ini dikaitkan dengan catan dan landskap.Iaitu ruang yang dapat menunjukan suasana yang tertentu yang jauh kedalam pada permukaan dua dimensi.Ia juga merupakan satu ruang yang terdapatnya objek-objek yang pelbagai saiz.Ia terhasil apabila terdapatnya perbezaan jarak yang ditunjukan melalui garisan,ton warna dan lain-lain.Ia dapat menghasilkan pespektif dalam suatu karya seni.Ia juga merujuk kepada satu ruang yang terdapat sebaharian objek yang hanya diwakili dengan bentuk-bertuknya,sehngga objek-objek itu terhapus pada satu titik perspektif.


Ruang Cetek
Ialah ruang yang boleh dilihat dengan satu pandangan sahaja dan pandangan terhad serta terhenti pada suatu sudut.Ruang ini terhasil apabila seseorang menghasilkan karya close up.Selain itu karya ini tetbentuk apabila seseorang pengkarya itu hanya mementigkan suatu kawasan tertentu sahaja.Ruang ini tidak meminbulkan ruang perspektif kerana ia digunakan secara minimum.

Ruang Tidak Menentu
Ruang ini ialah ruang positif dan ruang negatif yang tidak seimbang.Ruang ini dapat dihayati dari karya yang terpengaruh dengan aliran kubisme,juga digunakan dalam karya yang berbentuk abstrak.Karya yang menggunakan ruang ini biasanya makna sebenar karya ini sukar untuk ditakrifkan.

Jenis-Jenis Ruang
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca.Mnakala ruang ilusi pula ialah ruang hasil penglihatan mata.

Perhubungan Ruang Dengan Warna
Warna dapat menimbulkan ruang dalam karya seni.Contohnya pada suatu latar yang cerah,warna gelap dapat menimbulkan ruang yang dekat.

Perhubungan Ruang Dengan Garisan
Garisan yang berlainan saiz,kedudukan dan fungsi dapat mewujudkan pelbagai perasaan ruang.Saiz yang besar dan saiz yang kecil dapat menentukan jarak ruang.Kedudukan garisan juga dapat membezakan adanya ruang di tengah-tengah garisan tersebut.

Perhubungan Ruang Dengan Bentuk
Ruang penting dalam penghasilan semua bertuk tiga dimensi.Dalam seni arca penggunaan ruang yang betul dapat mencipta arca yang menarik dan seimbang.Bentuk tidak akan berubah pada kedudukannya.Ruang sememangnya mempunyai hubungan dengan bentuk.Ruang tidak kelihatan pada pandangan mata,tetapai ia masih wujud.Kedudukan ruang dalam objek dalam ruang diukur melalui saiz objek trsebut.Dalam karya seni visual,pelukis mesti bijak menentukan saiz ruang.Dengan ini penghayat boleh mengukur jarak ruang dengan cara melihat objek yang diletakannya.

Perhubungan Ruang Dengan Perspektif
Ilusi ruang dalam seni 2D(lukisan atau catan)boleh dihasilkan melalui system perspektif.Perspektif merupakan satu teknik mengambarkan imejan tiga dimensi di atas permukaan dua dimensi dengan menggambarkan dimensi ketiganya iaitu kedalaman.Mengikut prinsip perspektif,objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih kecil berbanding objek yang berada dihadapan.Sesuatu objek boleh dilihat dari sudut yang berlainan,sebagai contoh:
a)Sudut atas
b)Sudut bawah
c)Sudut hadapan
d)Sudut tepi(kiri dan kanan)

Kedudukan garisan perspekti bergantung pada paras pandangan mata seseorang.Selain itu ia berubah dari sgi saiz,ketinggian dan kelebarannya mengikut jarak tertentu.Garisan yang selari kelihatan condong dan semakin berdekatan di permukaan dua dimensi dan akhirnya akan bertemu dengan titik lenyap atau lesap.

Perspekti terbahagi kepada dua iaitu
a)Perspektif linear
Ia digunakan untuk melukis bentuk-bentuk yang bersifat geometri seperti kotak,rumah,kereta dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang penting untuk dalam melukis yang berpandukan kepada prinsip perspektif linear iaitu
i)Garisan-garisan selari akan kelihatan bertemu di garisan ufuk(kaki langit).Titik pada garisan ufuk memperlihatkan garisan-garisan selari itu kelihatan seolah-olah bertemu dikenali sebagai titik lenyap.
ii)Faktor jarak akan mempengaruhi saiz sesuatu objek itu.Ojek-objek yang berada pada tempat yang jauh kelihatan lebih kecil ataupaun pendek berbanding dengan objek-objek yang berada pada kedudukan yang dekat.




b)Perspektif Atmosfera
Penggunaan warna untuk menimbulkan ilusi ruang adalah dikenali sebagai perspektif atmosfera.Prinsip ini hanya sigunakan dalam catan sahaja.Perbezaan dari segi kedudukan objek di dalam ruang ditimbulkan oleh perubahan nilai warna.Objek yang berada pada jarak jauh akan kelihatan lebih pudar berbanding objek yang berada pada jarak yang lebih dekat.



PRINSIP-PRINSIP REKAAN

Pengenalan
Terdapat tujuh prinsip rekaan dalam seni yang merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni supaya suatu hasil seni adalah bermutu.Ketujuh-tujuh prinsip rekaan ini ialah harmaoni,keseimbangan,pergerakan,kesatuan,kepelbagaian,kontra dan penegasan.

Harmoni
Harmoni ialah gabungan unsur-unsur seni yang sesuai dalam suatu gubahan untuk melahirkan satu gubahan yang menarik dan selesa untuk dilihat.Prinsip harmoni bertanggungjawab mewujudkan kesatuan dalam hasil karya.
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghasilkan prinsip harmoni.Antaranya ialah penyusunan unsure-unsur rupa bentuk yang menghala kea rah yang sama seperti susunan motif corak pada bati lukis,penggunaan warna,rupa dan bentuk dari jenis yang sama,susunan unsure rupa pada jarak yang sama atau penyusunan huruf-huruf di dalam reka bentuk poster serta melalui susunan rupa di dalam keadaan yang sama.Antara contoh ciptaan alam yang bersifat harmoni ialah,urat,daun,sisik ikan dan susunan kulit siput.

Keseimbangan
Keseimbangan ialah ialah keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah yakni sama antara satu sama lain.Imbangan terdapat dua jenis iaitu imbangan simetri dan tidak simetri.
Imbangan simetri boleh ditentukan dengan satu garisan lurus di bahagian tengah reka bentuk.Sebaliknya jikakedua-dua bahagian itu tidak sama maka ia dipanggil imbangan tidak simetri.Imbangan simetri boleh ditentukan berdasarkan garis lurus yang dibina di tengahsuatu objek.
Manakala imbangan tidak simetri pula merupakan objek yang tidak seimbang dari segi rupa bentuknya.kedua-dua bahagian bentuk tidak dapat diimbangi.Ia berbentuk tidak sama ukur.


Pergerakan
Prinsip pergerakan merupakan susunan unsur-unsur seni secara berulang-ulang atau berlapis-lapis.Susunan ini menimbulkan irama atau ilusi pergarakan dalam gubahan sesuatu benda.
Kesan-kesan pergerakan boleh dihasilkan oleh unsur-unsur garisan,rupa dan bentuk.Ia terhasil apabila terdapat kesinambungan dari satu unsur kepada satu unsur yang lain.Rupa yang tunggal tidak mempunyai prinsip pergerakan tetapi jika beberapa rupa yang sama diulangi ia secara bertindan-tindan akan akan menghasilkan pergerakan.
Antara contoh pergerakan semula jadi ialah seperti pergerakan ombak,air terjun dan hujan.Kesan-kesan pergerakan pelbagai saiz dapat memberikan ilusi pergerakan.Kesan pergerakan boleh wujud hasil daripada pengulangan imej.Imej yang bertindang secara berturutan memberikan kesan ilusi.


Kesatuan
Kesatuan ialah percampuran pelbagai objek untuk membentuk satu objek yang lain atau objek yang lebih berfungsi dan mempunyai makna yang lebih bererti.Dalam seni tampak kesatuan ialah prinsip yang murtamad dalam semua reka bentuk.


Kepelbagaian

Prinsip kepelbagaian ialah penggabungan pelbagai unsur-unsur seni dan idea-idea dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian menjadikan sesuatu hasil karya itu menjadi menarik dan tidak membosankan dari segi visualnya.
Contoh-contoh prisip kepelbagaian banyak didapati pada karya-karya seperti iklan,mural,ilustrasi kulit majalah serta reka bentuk tekstil.Prinsip kepelbagaian tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana kesatuan sukar untuk dicapai serta menimbulkan kecelaruan dalam sesuatu hasil karya.Selain penggunaan pelbagai unsur seni yang pelbagai,penggunaan media serta teknik yang berbeza-beza juga boleh menimbulkan kepelbagaian.

Kontra
Apabila wujud unsur-unsur yang bertentangan dalam sesuatu gubahan ia adalah kontra.Unsur yang bertentanagan ini adalah lebih daripada satu unsur.Ini akan menimbulkan kesan percanggahan dan dapat mewujudkan daya tarikan.Tujuan kontra ialah untuk menonjolkan sesuatu yang menarik perhatian audien atau orang ramai dan seterusnya mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dfngan lebih berkasan.
Selain itu kontra digunakan untuk penegasan dan kepelbagaian.Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan prinsip kontra di dalam sesuatu hasil karya contohnya penggunaan garisan secara bertentangan arah,jalinan yang berlainan nilai kromanya.rupa yang berlainan jenis ataupun saiz yang berlainan boleh meninbulkan kesan kontra.Kesan-kesan ini ditempatkan secara berdekatan akan menghasilkan kesan kontra yang lebih jelas.Jika semakin jauh ia ditempatkan maka semakin kuranglah kesan kontranya.

Penegasan
Penegsan ialah penonjolan suatu idea ataupun tema dalam sesuatu reka bentuk supaya ia menjadi tarikan utama.Cara ini dapat menunpukan perhatian terhadap mesej utama yang ingin disampaikan.
Terdapat pelbagai cara untuk menunjukan penegasan dalam sesuatu karya contohnya,menggariskan sesuatu objek utama,membulatkannya,mewarnakannnya,mencondongkan,menukar saiz dan menggunakan jenis muka taip yang berlainan.
Penegasan boleh diperoleh terutamanya melalui kontras contohnya perbezaan arah dalam reka corak dapat memberi penegasan juga perbezaan dari segi saiz,warna,rupa dan bentuk yang hendak ditegaskan ialah bahagian yang mempunyai sifat yang berlainan.Dalam penghasilan sesuatu hasil karya pelukis perlu bijak dalam merancang sesuatu reka letak serta perkara yang hendak dijadikan sebagai subjek utama.


LAKARAN ASAS

Pengenalan

Lakaran asas ialah proses awal lakaran,melukis dan proses penggubalan idea untuk dikembangkan.Elemen-elemen garisan merupakan perkara asas dalam lakaran.Imej yang digunakan juga merupakan rangka imej yang mudah dan tidak dimasukan eleman-elemen lengkap yang lain.
Dalam lakaran asas,media asas seperti pensel dan kertas lukisan biasanya digunakan untuk membuat lakaran.Lukisan atau lakaran ini juga merupakan proses lanjutan bagi merakamkan bahan visual sebelum terhasilkarya seni yang lengkap seperti arca,catan,cetakan,seni grafik dan lain-lain.Lakaran asas merupakan asas pembelajaran sebelum meneruskan lukisan lain yang rumit dan lebih sukar.


Lukisan

Lukisan merupakan kerja yang lebih sistematik.Ia memasukan eleman seperti bentuk,ton,jalinan,cahaya dan baying,perspektif dan komposisi.Media yang digunakan seperti pensel,arang(charcoal),krayong dan kapur.Lukisan yang dibentuk adalah satu warna.Lukisan biasanya dihasilkan dalam satu warna sahaja.
Lakaran atau lukisan sebenarnya adalah suatu aktiviti yang dapat mencungkil dayaa kreativiti,daya intelektual dan dapat menjana pemikiran analitikal dan kritikal.Proses ini berlaku apabila terdapat pemerhatian dan penaakulan.Akhirnya sesuatu yang dilihat dapat diterjemahkan pada lukisan.


Perbezaan Lukisan Dengan Catan

Seperti yang kita tahu lukisan ialah lakaran awal untuk suatu gubahan idea sebelum proses seterusnya.Berbangding catan,catan ialah proses berkarya menggunakan bahan warna seperti cat.Bahan warna yang biasa digunakan ialah seperti cat air,cat minyak atau akrilik.

Teknik-Teknik Asas Lukisan.

a)Teknik contengan(scribble lines) f)Teknik garisan selari(parallel lines)
b)Teknik lorekan(shading) g)Teknik semburan(stippling)
c)Teknik titik(dots) h)Teknik garisan tidak menentu(crist cross)
d)Teknikgarisan berombak(waving lines) i)Teknik kontur(contour lines)
e)Teknik garisan pangkah(cross hatching) j)Teknik campuran(mixed lines)

• Teknik contengan bersifat lembut.
• Teknik titik-titik bersifat lembut dan halus.
• Teknik garisan selari iaitu arah garisan itu adalah satu arah.sifat garisan ialah lembut dan halus.
• Teknik berombak bersifat lembut.Teknik ini adalah berbentuk struktur dan satah.
• Teknik garisan tidak menentu sesuai pada kawasan yang sedikit gelap.Gelap disebabkan jalinan atau bayang.
• Teknik garisan konturbersifat lembut,teknik ini sesuai untuk objek yang bersifat lembut.

Asas sebelum melukis

a)Memahami beberapa perkara berkaitan tentang melukis.
b)Mengetahui kedudukan perspektif .Arah perspektif merupakan suatu ilusi.Dengan adanya perspektif lukisan akan menimbbulkan kesan tiga dimensi.
c)Pemilihan tema dan imej yang sesuai.
d)Fahami kedudukan cahaya dan bayang.
e)Menbuat beberapa lakaran kasar.
f)Bijak menggunakan teknik fokus terhadap objek iaitu keutamaan kepada satu objek yang utama serta susun atur objek tersebut.


Asas Melukis Dalam Studio

Melukis dalam studio mempunyai beberapa disiplin dan tatacara kerana ia sangat berbeza dengan melukis di dalam studio.Terdapat beberapa peraturan yang perlu dilakukan.Melukis dalam studio bergantung pada model atau setting.Gunakan bahan asas sebagai latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran.



Cara-cara Melukis

Aspek-aspek tatacara melukis merupakan asas yang sangat penting dikuasai oleh setiap individu untuk memjadi seorang pelukis yang berwibawa.aspek-aspek ini ialah:
a)Cara memegang pensel.
b)Pemilihan bentuk atau imej.
c)Menentukan kadar banding.
d)Tentukan arah dan bayang.

Cara memegang pensel

Cara memegang pensel untuk melukis adalah berbeza dengan semasa menulis.Ini kerana semasa menulis satu teknik pegangan saja biasa dilakukan akan tetepi semasa melukis terdapat pelbagai cara dan ternik terpaksa digunakan.Semasa melukis kita terpaksa merujuk kepada setting.Keadaan ini kerana semasa melukis terdapat bahagian tertentu yang sukar untuk dilukis.


Pemilihan Bentuk(Imej)

Sebelum seseorang itu melukis,dia mestilah tahu apakah bentuk yang akan dilukis olehnya.Keadaan ini supaya pelukis dapat menguasai semua teknik melukis bentuk yang seterusnya dapat memudahkan aktiviti melukis pada masa seterusnya.


Struktur (Satah)
Satah ialah rangka yang wujud pada sesuatu bentuk.Ia biasanya berfungsi sebagai untuk memudahkan seseorang untuk membuat penilaian bagaimana kedudukan bentuk asal atau bentuk sebenarnya.


Kadar banding

Kadar banding adalah penentuan nisbah perbandingan antara objek yang bakal dilukis.Antara kadar banding ialah besar,kecil,tinggi,rendah dan sebagainya.Penilaian kadar banding boleh dibuat melalui ukuran pada pensel atau pembaris yang diginakan.

Cahaya dan Bayang(Pencahayaan)

Punca cahaya dapat dikesan sama ada dari pancaran cahaya matahari atau cahay lampu.Tersapat pelbagai teknik boleh digunakn untuk untuk memdapat kesan cahaya pada objek yang dilukis,contohnya teknik garisan,lakaran dan menggunakan ton.Kesan-kesan bayang yang terhasil dari limpahan cahaya perlu dikesan dengan teliti kerana ia dapat menimbulkan kesan yang menarik pada suatu objek yang dilukis.

Ahad, 1 November 2009

Rabu, 28 Oktober 2009

Selasa, 27 Oktober 2009

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahad, 25 Oktober 2009

Lukisan Kreatif

Styles Of Art

Abstract
Abstract artists felt that paintings did not have to show only things that were recognizable. In their paintings they did not try to show people, animals, or places exactly as they appeared in the real world. They mainly used color and shape in their paintings to show emot
ions. Some Abstract art is also called Non-objective art. In non-objective art, you do not see specific objects. It is not painted to look like something specific.

Cubism
Cubism is modern art made up mostly of paintings. The paintings are not supposed to look real The artist uses geometric shapes to show what he is trying to paint. Early cubists used mainly grays, browns, greens, and yellows. After 1914, Cubists started to use brighter colors. Cubism was the beginning of the Abstract and Non-objective art styles.

Expressionism
In Expressionist Art, the artist tries to express certain feelings about some thing. The artists that painted in this style were more concerned with having their paintings express a feeling than in making the painting look exactly like what they were painting.

Abdullah Ariff

Abdullah Ariff was born in Penang in 1904. He was a self-taught artist and was an art teacher at the Anglo-Chinese School,Penang (presently known as Methodist Boy's School). In the 1920s, there was no local art group and the only organised art group at that time consisted of expatriate Europeans (mostly English housewives ) who called themselves the " Penang Impressionists ". Asians were not allowed to join the exclusive group which was a reflection of the prevailing colonialistic imperialism then. However Abdullah Ariff was admitted into the group in the mid-30s because his services as an art instructor were needed. The " Penang Impressionists " disbanded before the beginning of the 2nd World War, never to be reformed.

Abdullah Ariff was acknowledged with Yong Mun Sen, as a pioneer of watercolour painting in Malaysia. He was especially well-known for his meticulous masterful handling of the medium. Compared to Mun Sen, his works are more 'European' in outlook and approach, and his paintings appear to have more crowded details. A dedicated teacher, he was well-respected amongst the artistic community in the northern states.

There was a break in his stay in Penang as he went to Kuala Lumpur in 1945 to work as a cartoonist for The Straits Echo. He returned to Penang in 1947 and became active in politics and was a committee member of UMNO. In 1955, he served as a city councillor and had the rare distinction of having a road in Penang named after him ( Jalan Abdullah Ariff ), an honour that no other artist in Malaysia has been accorded since. In 1955, he established the Ariff Advertising Agency.

In 1954, he held one-man shows at North Carolina, and the Mint Museum of Art at Charlotte, New York, U.S.A. In 1955, he participated in the "United Society of Artists" group exhibition at the galleries of the Royal Society of British Artists, London. There, he was elected to Fellowship of the Royal Society of Art (F.R.S.A.) England.

In 1956, he was invited to take part in "Le Salon" of the Society of French Artist at the galleries at Grand Palai des Champs-Elysees, France.

In 1957,one of his paintings was chosen as a personal gift to be presented to Tungku Abdul Rahman,Malaysia's first Prime Minister on the occasion of the Merdeka (Independence) celebrations.

Abdullah Ariff passed away in 1962, leaving behind a legacy of excellent watercolour paintings. According to one of his ex-student, Tan Lye Hoe, Abdullah Ariff's philosophy of art is "Art knows no barriers"

Artis Malaysia

Dato'Syed Ahmad Jamal (The Malaysian National Art Laureate)
Dato' Syed Ahmad Jamal was born in Bandar Maharani, Muar, Johor in 1929. He received his primary and secondary education in the Malay and English medium respectively in Johor Bharu. His higher education was gained abroad - Chelsea School of Art (1951-1955), Institute of Education, London University (1955-1956), School of Art Institute Chicago (1963-1964) and University of Hawaai, Honolulu (1973-1974). Dato Syed Ahmad Jamal, the Malaysian National Art Laureate, has won acclaim and prizes locally and internationally. He won 1st prize in the Johor Art exhibition (1950), Summer Competition - Chelsea School of Art London (1954), Federation Art Competition - Kuala Lumpur (1962), and the National Bank of Malaysia Mural Competition. Dato' Syed Ahmad Jamal has contributed greatly towards Malaysian Art - in his teachings, writing and role as art curator, his service as as board member and committee members of art related organistions, particularly that of the Malaysian National Art Gallery. For his vast contribution, Dato Syed Ahmad Jamal was awarded the National Art Award in 1995 by the Malaysian Government, which honours him as a National Artist.

AWANG DAMIT AHMAD (Malaysian Contemporary Artist)
Awang Damit Ahmad was born in Kuala Penyu, Sabah in 1956. He studied fine art at UITM (School of Art and Design of ITM) and was chosen as the best student in 1983. He furthered his studies in painting at the Catholic University of America in Washington DC in 1988 and was awarded a Master's Degree in Fine Art in 1990.

Awang now lectures in fine art at UITM. He has held positions as the Curator of the Art Gallery and Head of the Fine Arts Department before being appointed an Associate Professor in 2000.

Catan Realisme

Realisme

The Realism movement was active from 1830 to 1870 and is also known as the Realist School. The movement discarded the previous traditional styles and formulas of Neoclassicism and Romanticism. The Realist artist portrays subjects in the most straightforward manner possible without idealizing them, and without following previous art theories. The earliest works from the Realist movement arose in the 18th century as a reaction against Neoclassicism and Romanticism. The works of Copley and Goya are an example of the early influences on Realism. The period was in full swing by the mid 19th century when artists became anxious with the influence of the Academies. The Ashcan School, the Contemporary Realist, and the American Scene Painters are all movements that are based on the Realist tradition. Famous artists of the Realist movement include Gustave Courbet, Honore Daumier, John Singer Sargeant, J A M

Pop Art

Pop art is a visual art movement that emerged in the mid 1950s in Britain and in parallel in the late 1950s in the United States. The coinage of the term Pop Art is often credited to British art critic/curator, Lawrence Alloway in an essay titled The Arts and the Mass Media, although the term he uses is "popular mass culture" Nevertheless, Alloway was one of the leading critics to defend mass culture and Pop Art as a legitimate art form. Pop art is one of the major art movements of the twentieth century. Characterized by themes and techniques drawn from popular mass culture, such as advertising and comic books, pop art is widely interpreted as either a reaction to the then-dominant ideas of abstract expressionism or an expansion upon them. Pop art, like pop music, aimed to employ images of popular as opposed to elitist culture in art, emphasizing the banal or kitschy elements of any given culture. It has also been defined by the artists' use of mechanical means of reproduction or rendering techniques that downplay the expressive hand of the artist. Pop art at times targeted a broad audience and often claimed to do so.

Much of pop art is considered very academic, as the unconventional organizational practices that are often used make it difficult for some to comprehend. Pop art and minimalism are considered to be the last modern art movements and thus the precursors to postmodern art, or some of the earliest examples of postmodern art themselves.

Sejarah Seni Visual Malaysia

Sejarah Seni Visual Malaysia I
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah ’Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

Dua Titik Perspektif

Sabtu, 24 Oktober 2009

Maksud Lukisan

lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, pen dan lain-lain atau menggunakan media warna yang terhad, lukisan juga merupakan pengetahuan yang dibuat untuk meluahkan berasaan berbentuk imej


Lukisan Kreatif

pertarungan

Jumaat, 16 Oktober 2009

Di upsi

Lukisan

Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama.

Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.

Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

BAHAN DAN MEDIA

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.

PENSEL

Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar-samar.

ARANG

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

PEN MATA BOLA

Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.

PEN FELT

Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

CONTE CRAYON

Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

KRAYON LILIN

Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.

PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS

Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

MEDIA

Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

PROSES PENGHASILAN LUKISAN

1. Meneliti secara keseluruhan benda atau imej.

2. Melihat kedudukan imej yang yang hendak dilukis mengikut aras mata.

3. Melakar rupa asas benda atau imej yang hendak dilukis.

4. Meneliti arah cahaya untuk menampakkan unsur ruang pada subjek yang dikehendaki
serta memahami jarak sesuatu benda yang wujud dalam ruang perspektif

5. Mengaplikasikan unsur seni reka seperti jalinan, bentuk dan tona warna serta
prinsip seni reka seperti keseimbangan, penegasan, kesatuan, dan harmoni.

TUJUAN PENGHASILAN

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.

Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat. Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

8.Lukisan Kartun

a) Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun

b) Digambarkan melalui tema jenaka

7. Lukisan Teknikal

Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

6.Lukisan Gesture

a)Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.

b)Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.

c)Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan

tangan pada objek yang dilukis.

5.Lukisan Kontour

4.Lukisan Kajian

Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci

Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

3.Lukisan Ilustrasi

2.Lukisan Fantasi

Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan
bidang.

3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang
dilukis secara teliti.

5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
manusia.

JENIS LUKISAN

1.Lukisan Figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

TEKNIK MELUKIS